Kejadian Badan Peguam Malaysia

Perarakan membantah Akta Pertubuhan

Pada 1978 Majlis Peguam mengadakan perarakan kerana membantah Akta Pertubuhan 1978 di mana semua persatuan mestilah berdaftar dan diselia dan dipantau sehingga menjejaskan hak asasi manusia.

Kes Zainur Zakaria

Pada 1999 Majlis Peguam telah mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda sokongan kepada peguam Zainur Zakaria yang menghadapi tuduhan menghina mahkamah berkaitan kes Anwar Ibrahim.

Klip video peguam

Pada 27 September 2007 seramai 1500 anggota Badan Peguam telah berarak panjang dari bangunan Istana Keadilan ke Dataran Putra, Putrajaya bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus. Perarakan itu diketuai oleh Presiden Badan Peguam, Ambiga Sreenevasan dan dinamakan "walk of justice". Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Turut serta ialah naib presiden Badan Peguam Ragunath Kesavan dan setiausaha majlis itu Lim Chee Wee serta peguam terkenal Malik Imtiaz Sawar, Tommy Thomas, N. Sivanathan dan Sivarasa Rasiah. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5 km selama 45 minit secara aman, tanpa kekacauan.

Mereka menyerahkan dua memorandum kepada setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Wan Farid Wan Salleh. Dua memorandum itu ialah:

Krisis dalam bidang kehakiman mungkin terjadi apabila parti pembangkang mengambil kesempatan. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selaku Ketua Menteri Pulau Pinang bimbang integriti peguam yang tercalar ini akan menjejaskan kepercayaan para pelabur ke Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menyiasat kesahihan rakaman video tahun tersebut. Panel bebas tiga anggota diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye ditugaskan untuk menyiasat. Surat pelantikan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak diserahkan secara rasmi pada hari tersebut kerana Perdana Menteri berada di PBB. Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia mestilah mengarahkan polis menyiasat secepat mungkin.[1] Siasatan panel ini mampu memastikan sistem kehakiman di negara ini berintegriti.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin membidas Majlis Peguam tidak profesional kerana mengutip rakaman video daripada blog internet yang kebenarannya diragui dan rakaman sebelah pihak .[2]

Pada 3 Oktober 2007, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi pelbagai maklumat berkaitan di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur. Laporan siasatan dijangka selesai sebulan (3 November 2007).

Perarakan Hak Asasi Manusia

Badan Peguam pada mulanya merancang perarakan hak asasi manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember 2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi Muzik, Budaya dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan bahawa setiap perhimpunan mestilah mendapat permit sebagaimana tuntutan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan tidak dapat menerima syarat polis ini kerana syarat itu jelas mencabul hak berhimpun secara aman. Dato Mohamad Nazri Aziz mencadangkan Majlis Peguam membawa kes itu mahkamah untuk menentukan tafsiran Perkara 10(2) dan Akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan. Dalam hal ini Majlis Peguam dan pembangkang 'senada' sahaja.[3]

Pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Badan Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam .

8 orang peguam lain telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Jalan Pudu pada 9 Disember 2007 jam 8.30 pagi. Mereka ialah N. Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis lain ditahan kerana hadir dalam sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Bangunan Majlis Peguam terletak berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur.Timbalan Ketua Polis IPK Dang Wangi, Superintendan Che Ismail Che Hamzah tidak mahu sebarang insiden tidak diingini akan berulang.

Forum Memeluk Islam

Badan Peguam Malaysia mengadakan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008.

Rujukan

WikiPedia: Badan Peguam Malaysia http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/... http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140204/p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.mole.my/content/ranjit-singh-liberty-ob... http://www.malaysianbar.org.my/bar_council.html